Lawatan Pemantauan MGB Zon Tengah

Rombongan MGB Zon Tengah telah melawat SK. Kituntul pada 21 Jun 2010 bersamaan hari isnin. Guru besar telah dijemput untuk melihat kaedah perlaksanaan P&P dalam kelas oleh guru-guru SK.Kituntul.

Aktiviti ini dijangka memberi manfaat kepada sekolah-sekolah yang terlibat kerana kekuatan/kelebihan yang ada di sekolah tertentu dapat dikongsi bersama.


Latihan PEKA Sains (Penilaian-7)

Persatuan Pengakap SK. Kituntul

Persatuan pengakap SK.Kituntul telah mengadakan beberapa siri perjumpaan berkala mengikut takwim sekolah.

Antara perancangan penggal ke-2 untuk seisi 2010 adalah:

1. mempelajari teknik pemasangan khemah
2. mempelajari beberapa jenis teknik simpulan
3. membuat latihan kawad kaki fasa-2
4. pelajari teknik memasak menggunakan bahan semulajadi
5. mengemaskini buku log pengakap kanak-kanak

Aktiviti ini akan dijayakan bersama oleh:

1. En. Aziz Chin (Ketua Penyelaras Pengakap)
2. Pn. Juili Inggal (Timbalan Ketua Penyelaras)
3. Pn. Alice Philip(Penyelaras)
4. En. Jamain Abdul Halim (Penyelaras)
5. Pn. Noor Asleen (Penyelaras)

Latihan PEKA Sains





Latihan PEKA merupakan pengajaran berterusan yang akan dinilai seawal tahun 3 sehinggalah tahun 6.

Latihan ini dijalankan di bilik sains SK. Kituntul dibawah kawalan dan seliaan Ketua Panitia Sains, En. Aziz Chin

Kawalan disiplin sekolah





Unit tatatertib SK.Kituntul membuat pemeriksaan berkala bagi memastikan semua murid mengikuti peraturan-peraturan pemakaian pakaian seragam sekolah.

Sistem ini dilihat lebih berkesan kerana statistik menunjukkan kualiti disiplin sekolah menunjukkan peratusan peningkatan yang sangat memuaskan.

Projek membaiki tiang bangunan sekolah






Projek ini merupakan usaha dalam membaiki tiang bangunan sekolah yang rosak. Kebanyakan bangunan SK. Kituntul berusia menjangkau 30 tahun.

Projek Menanam Betik






Pembelajaran ini dijalankan bagi menarik minat murid menjalankan aktiviti bertani di rumah. Murid juga didedahkan teknik paling praktikal menanam betik.

widgeo.net

Projek menanam betik



Murid-murid tahun 4 melalui subjek Kemahiran Hidup akan mengadakan projek menanam betik menggunakan kaedah paling praktikal.

Peserta Kompang SK. Kituntul

Jemputan Mesyuarat Agung PIBG

Semua ahli PIBG SK.Kituntul dijemput untuk hadir ke mesyuarat agung PIBG mengikut ketetapan berikut;

Tarikh : 17 April 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan SK.Kituntul

Bermulanya sesi persekolahan tahun 2010

Syukur alhamdulillah..

Pihak sekolah memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT sekembalinya seorang guru dari SK. Kituntul, Ranau dari menunaikan fardu islam yang ke-5. Beliau ialah Hajah Jurinah Sompoon.

Selamat Hari Jadi Cikgu Jumaidi dan adik Erni..

Guru Pra Sekolah

Pra Sekolah SK. Kituntul, memulakan operasinya bermula pada tahun 2009.
Tenaga pengajarnya ialah Puan Norasleen dan dibantu oleh Pembantu Pra-Sekolah N17, Puan Sutiah.

Majlis Perasmian Penangguhan Minggu Orentasi Transisi Murid Tahun 1

Motivasi Semangat



En. Jamain Abdul Halim selaku PK Kurikulum sekolah telah mengambil kesempatan memberikan motivasi semangat kepada ibu bapa dan murid tahun satu.

Selamat datang ke SK. Kituntul, Ranau



Guru Besar SK. Kituntul Ranau, En Asmat Bin Abu Kassim mengucapkan selamat datang kepada murid-murid tahun satu sesi 2010. Jumlah murid tahun satu yang telah didaftarkan pada tahun ini telah meningkat kepada 28 orang murid berbanding hanya 14 orang pada tahun 2009.

Majlis Perasmian Penangguhan Minggu Orentasi Transisi Tahun Satu sesi 2010



En. Affendy Bin Ghani telah menyempurnakan upacara perasmian penangguhan Minggu Orientasi Transisi Tahun Satu sesi 2010.

FORUM PPSMI

PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002.

Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.

Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

Kesimpulannya, keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.

Mungkin anda adalah salah seorang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan PPSMI. Mungkin anda adalah seorang guru atau pelajar atau ibu bapa atau sekurang-kurangnya saudara kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan PPSMI.

Kajian Tindakan dan Peyelidikan Guru-Guru SK. Kituntul

Senarai Staf

Visi dan Misi SK. Kituntul

SEJARAH SK KITUNTUL

Sejarah PPD Ranau

Daerah Ranau terletak di lembah Gunung Kinabalu yang mempunyai keluasan lebih kurang 2,987.49 KM persegi. Dilihat dari segi kedudukan Geografi (Peta Sabah), banjaran Crocker dan Gunung Kinabalu adalah di antara pemisah daerah Ranau dan kawasan Pantai Barat, Kota Belud dan Kota Merudu, sementara pemisah dengan kawasan pantai timur ialah Sungai Sugut dan Sungai Labuk.



LOKASI : DAERAH RANAU

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH RANAU

Pejabat Pendidikan Daerah Ranau secara pentadbirannya adalah di bawah Pentadbiran Pejabat Pendidikan Gabungan Kota Belud atau dahulunya dikenali sebagai Pejabat Pendidikan Bahagian Pantai Barat Utara berpusat di Daerah Kota Belud.

Diwujudkan pada tahun 1967 dengan seorang pegawai yang ketika itu di kenali sebagai Penyelia Daerah sahaja. Pejabatnya menumpang di sebuah rumah (bekas rumah guru) pada tahun 1969 pejabat ini berpindah dan dan menumpang di bilik Guru Besar SK. Pekan Ranau. Pada tahun 1971 berpindah lagi dan menumpang bekas Pejabat Polis dan seterusnya berpindah dan menumpang di Pejabat Daerah. Menyewa sebuah kedai dari tahun 1985 hingga 1986 sehingga awal tahun 1987 Pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah berpindah ke Pejabat Pendidikan Daerah yang di bangun kan secara Projek Kilat di kawasan SK Pekan Ranau dan akhirnya pada bulan Oktober tahun 2003 Pejabat Pendidikan Daerah Ranau telah berpindah dan mengambilalih bangunan lama bekas SMKA Ranau dan masih lagi di sana sehinggalah sekarang ini.

Lokasi SK. Kituntul

MISI & VISI PPD Ranau

VISI

Pejabat Pelajaran Daerah Ranau Menjadi Organisasi Yang Cemerlang Menjelang Tahun 2011 Dan Gemilang Tahun 2015

MISI

Pejabat Pelajaran Daerah Ranau Memberi Perkhidmatan Pendidikan Berkualiti Secara Kolaboratif Bagi Warga Pendidikan Dan Membangun Potensi Individu Murid.

Slogan: RANAU NOMBOR 1

DASAR KUALITI

Staf kami dengan penuh tanggungjawab dan professional. Kami yakin bahawa komitmen kami untuk mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengurusan perkhidmatan utama dapat dilaksanakan dengan tepat dan cepat secara berterusan bagi memenuhi matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini boleh dicapai dengan memenuhi kehendak dan harapan pelanggan dan keperluan

Dasar ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa menerusi penyemakan objektif bagi memberi ruang kepada usaha penambahbaikan yang berterusan dan menyeluruh bersesuaian dengan keperluan organisasi untuk memenuhi dan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan.

Objektif Kualiti

Ω Melaksanakan penambahbaikan kualiti dalam seluruh organisasi.

Ω Memenuhi kehendak dan harapan pelanggan.

Ω Budaya kerjasama padu daripada semua pegawai dan staf.

Ω Meningkatkan kemahiran dan keupayaan semua pegawai dan staf

Khususnya dalam bidang kerja masing-masing.

Ω Mengamalkan nilai dan budaya bekerja yang positif.

Ω Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif.



MATLAMAT

Menjadikan setiap sekolah di derah Ranau pusat kecemerlangan pendidikan:

1.Menjadikan setiap sekolah daerah Ranau cemerlang dalam kurikulum ,kokurikulum dan sahsiah.

2.Menjadikan setiap sekolah mempunyai system pengurusan yang berkualiti secara meneyeluruh.

3.Mempunyai warga pendidik yan berwibawa, berbudaya saing,budaya penyayang dan mengamalkan budaya kerja berasakan prestasi.

4.Berusaha Menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang terbaik kepada sekolah.

Objektif Pejabat Pelajaran Daerah

Objektif ini merangkumi 2 aspek iaitu :

Objektif Umum

Menyediakan garis panduan serta kriteria bagi proses penempatan guru sekurang-kurangnya sekali setahun

Menyediakan garis panduan serta kriteria bagi proses pertukaran guru

Melaksanakan proses penempatan guru berdasarkan garis panduan serta kriteria yang telah ditetapkan sekurang-kurangnya 2 kali setahun

Memastikan 80% keperluan guru di sekolah dipenuhi pada hari pertama persekolahan.

Memastikan semua pegawai dan staf Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah mengikuti latihan 7 hari setahun.

Objektif khusus:

Menjadikan daerah Ranau pusat kecemerlangan sukan yang terulung di Sabah.

Memastikan semua sekolah di Daerah Ranau dapat memperkembangkan potensi diri pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Mempertingkatkan taraf profesionalisme dalam kalangan pegawai, pengetua, guru besar, guru-guru serta staf sokongan warga pendidikan.

Melaksanakan aktiviti pendidikan berkonsepkan Satu Malaysia.

Melaksanakan dasar-dasar Pejabat Pelajaran Daerah sebagai Pusat Tanggungjawab supaya pengurusan kewangan lebih efisyen, cepat dan berkesan.

Melaksanakan Empowerment dan Decentralisation secara cekap dan berkesan.

Melaksanakan pemantauan ke sekolah secara tepat dan cepat ke arah mewujudkan sekolah berwatak yang berkualiti dan boleh dicontohi.

Fungsi Khusus.

01. Menyelaras dan melaksanakan program pembangunan pendidikan di Peringkat Daerah Ranau.

02. Mengkoordinasikan maklumat berkenaan kemajuan pendidikan peringkat daerah dan menyalurkan kepada pihak-pihak berkenaan.

03. Memberi perkhidmatan dan kepimpinan ikhtisas kepada guru-guru.

04. Menyelia, membimbing dan mendorong guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

05. Menjalankan kajian dan penilaian serta menyediakan laporan secara menyeluruh dan berterusan terhadap perlaksanaan program pendidikan di peringkat daerah.

Fungsi Am

01. Melaksanakan program kemajuan staf untuk warga pendidik dan staf sokongan.

02. Memastikan pengurusan kewangan dan pentadbiran sekolah-sekolah dikendalikan dengan baik dan berkesan mengikut peraturan , prosuder dan tatacara perbendaharaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

03. Menjalinkan permuafakatan dan perkongsian dengan pelbagai pihak di peringkat tempatan bagi kemajuan pendidikan di peringat Daerah.

Statistik



Data diatas tidak termasuk 3 buah sekolah rendah baru yang telah didaftarkan.

Pencapaian Sekolah Rendah Daerah Ranau

[SK KILIMU]
• Anugerah PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan (Telah dinilai pada
18/8/2009)
• Peserta Kem Penulis Muda Peringkat Kebangsaan
• Peserta Kem Perkhemahan Rukun Negara Peringkat Kebangsaan
• Calon Anugerah Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2008
• Wakil Pasukan Bola Sepak Bawah 12 tahun Peringkat Kebangsaan
• Johan Anugerah PSS Cemerang Peringkat Negeri (SR-L/Bandar)
• Johan Pertandingan Bola Baling Peringkat Negeri (seorang wakil)
• Naib Johan Anugerah NILAM Peringkat Negeri
• Naib Johan Pertandingan Bercerita Kisah Dalam Al-Quran Peringkat
Negeri
• Penyertaan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Negeri
• Penyertaan Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Peringkat Negeri
• Penyertaan Pertandingan Bercerita Bahasa KadazanDusun Peringkat
Negeri (27/7/2009)

[SK PEKAN RANAU]
• Tempat ke-6 dalam Pertandingan Story Telling Peringkat Negeri
• Saguhati dalam Pertandingan Robotik Peringkat Negeri
• Peserta Terbaik dalam English Camp Peringkat Negeri
• Wakil Sabah ke English Camp Peringkat Kebangsaan (sedang berjalan)

[SK MARAKAU]
• Saguhati dalam Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat
Kebangsaan
• Johan Pertandingan bercerita B.Melayu Peringkat Negeri
• Naib Johan Petandingan mewarna Kempen Anti Dadah Peringkat
Negeri
• Tempat Ke-4 dalam Pertandingan Mendeklamasi Sajak Peringkat Negeri
• Tempat ke-4 Pertandingan Hafazan Peringkat Negeri

[SK TIMBUA]
• Penyertaan Bola Tampar Bawah 12 Tahun Peringkat Negeri
• Pingat Emas dalam acara Lontar Peluru MSSN Sabah
• Peserta Pertandingan Bercerita Sempena Festival Buku Peringkat
Negeri ( sedang berjalan)

[SRK ST BENEDICT]
• Tempat Ke-3 dalam pertandingan Public Speaking Peringkat Negeri

[SK PEKAN 2 RANAU]
• Tempat ke-6 Bercerita Tahap 1 (BM) Peringkat Negeri (Tenom)
• 10 Terbaik dalam saringan bercerita Peringkat Negeri di BTPN Sabah
• Finalis Peringkat Negeri bagi Pertandingan Bercerita sempena Festival
Buku 2009 di 1Borneo

[SK RATAU]
• Pingat Perak dalam acara 80m lompat pagar Peringkat Negeri

[SK NAPONG]
• Juara Berpasukan dalam Kejohanan Golf MSSM 2009 di RGC Keningau
• Tempat ke-8 individu dalam Kejohanan Golf MSSM 2009 di RGC
Keningau

[SK KAULUAN]
• Tempat ke-4 dalam pertandingan Pidato Peringkat Kebangsaan 2008
• Naib Johan Dalam pertandingan bercerita BM Tahap 1 Peringkat
Negeri 2008

INFO UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, PPD RANAU

KETUA UNIT : EN KAMIN BIN MUHALIP
NOMBOR TELEFON : 088-875323 Ext 22
EMAIL : tongkulawa@yahoo.com
EMAIL : kmuhalip@yahoo.com


VISI UNIT

Merealisasikan Visi Pejabat Pelajaran Daerah Ranau yang ingin menjadi Organisasi Yang Cemerlang Pada Tahun 2011, Gemilang Pada Tahun 2015 Dan Menjadi Pusat Ilmu Bertaraf Dunia Pada Tahun 2050

OBJEKTIF UNIT

Menyelaraskan program pengkomputeran Pejabat Pelajaran Daerah Ranau selaras dengan kehendak Jabatan Pelajaran Sabah

Membudayakan pengunaan Email Rasmi Kementerian Pelajaran, email rasmi Jabatan dan email rasmi PPD dalam pengurusan dan pentadbiran, dan sumber komunikasi Pejabat Pelajaran Daerah Ranau.

Memberi sokongan kepada sistem aplikasi Jabatan Pelajaran Sabah serta Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kutipan data eMIS, SMM, dBLAT, PTK, serta data yang dikehendaki Jabatan Pelajaran dari semasa ke semasa

Sokongan terhadap Sistem Aplikasi yang di implimentasi oleh Organisasi di bawah Kementerian dan Jabatan lain.

Menguruskan pemungutan data secara bersistematik secara atas talian (online).

Membudayakan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan.

FUNGSI

Mengurus, menyelaras dan memantau penyenggaraan perkakasan dan perisian ICT di PPD Ranau serta sekolah di bawah Pejabat Pelajaran Daerah selaras dengan Perancangan Pusat Kegiatan Guru

Mengurus, menyelaras dan memantau program ICT Kementerian di peringkat Pejabay Pelajaran Daerah serta Sekolah.

Mengurus kutipan, memantau, mengumpul, menyimpan, menganalisis dan menjaga integriti data dan maklumat di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah.

Mengurus, menyenggara dan menjadi urus setia Laman Web Jabatan Pelajaran Negeri (terlibat secara langsung) serta mengurus, menyelenggara, dan menjadi urusetia Laman Web atau Weblogs Pejabat Pelajaran Daerah Ranau

Memantau, mengurus, dan menjadi urusetia Permohonan Kenaikkan Pangkat Guru-Guru di bawah Pejabat Pelajaran Daerah

Mengurus dan menjadi urusetia LNPT (Mengeluarkan markah LNPT apabila dikehendaki oleh Kakitangan di bawah Pejabat Pelajaran Daerah Ranau)

PAGE terkejut dengan keputusan PPSMI

KUALA LUMPUR - Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Untuk Pendidikan (PAGE) merasa hampa dan terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Kabinet berhubung dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Presidennya, Datin Noor Azimah Abdul Karim berkata, keputusan itu bertentangan dengan kajian yang dibuatnya terhadap ibu bapa yang merujuk bahawa 95 peratus daripada mereka menyokong agar pelaksanaan PPSMI diteruskan.

Justeru beliau menegaskan agar kerajaan memberi pilihan kepada pihak sekolah dan ibu bapa sama ada untuk mengekalkan pelaksanaan tersebut di sekolah masing-masing.

''Kami akan merayu agar kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran memberi pelepasan kepada pihak sekolah yang mahu meneruskan pelaksanaan dasar tersebut kerana kami tahu banyak sekolah dan ibu bapa yang bersetuju agar PPSMI diteruskan," tegas beliau.

Katanya, secara logistik di pihak sekolah yang terlibat telah menunjukkan kelancaran pelaksanaan PPSMI itu.

Beliau berkata, PAGE telah dijemput oleh Kementerian Pelajaran untuk memberi pandangan semasa mesyuarat meja bulat sebanyak dua kali pada tahun lalu.

''Kali terakhir kami membentangkan dapatan kajian kami kepada ahli-ahli politik iaitu pada pertengahan bulan Oktober tahun lalu," katanya kepada Utusan Malaysia selepas Seminar Kesedaran Keselamatan Internet di sini hari ini.

PAGE telah mengedarkan borang kaji selidik berjumlah 3,000 kepada pihak sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di seluruh negara dan sejumlah 2,000 borang yang diisi menunjukkan 95 peratus menyokong pelaksanaan PPSMI untuk diteruskan.

Noor Azimah berkata, PAGE juga terkejut kerana semasa mesyuarat meja bulat itu tiada perbincangan mengenai pemansuhan PPSMI untuk sekolah-sekolah menengah.

Malah kata beliau, pihaknya turut mengusulkan jika berlaku pemansuhan, ia harus berlaku pada tahun 2016.

Sementara itu, ahli jawatankuasa PAGE, Mahiyuddin Abdul Rahman menegaskan bahawa sepatutnya keputusan mengenai masa depan pendidikan para pelajar terletak di tangan ibu bapa.

''Adakah jaminan daripada anak-anak kami pada masa hadapan mampu bersaing dan mendapat pekerjaan yang lebih terjamin di syarikat-syarikat swasta?" katanya.

PAGE turut menegaskan terdapat beberapa kekeliruan dalam kenyataan berhubung kejatuhan peratusan dalam keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2005 dan 2007 dan tidak boleh dikaitkan dengan pelaksanaan PPSMI.

Dalam pada itu Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, pihaknya akur dengan keputusan kabinet itu tetapi akan merayu agar PPSMI dikekalkan untuk sekolah menengah.

''Kami ada tempoh lagi dua tahun untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan agar cadangan kami itu diteliti dan diterima,'' katanya.

Pada dasarnya beliau berkata, NUTP telah mencadangkan kepada kerajaan agar pelaksanaan PPSMI di peringkat sekolah rendah dimansuhkan manakala di peringkat sekolah menengah diteruskan.

''Bagaimanapun kami gembira kerajaan tidak membuat perubahan serta merta kerana sebarang perubahan memerlukan masa untuk penyesuaian,'' katanya.

Beliau juga berharap agar mata pelajaran bahasa Inggeris dimantapkan dengan memastikan guru-gurunya berkualiti dan cemerlang sama ada dalam pengajaran mahupun pertuturan.

Menurut Yim Pheng, NUTP juga akan mengadakan perbincangan dengan ahli-ahlinya berhubung keputusan kabinet itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0709&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

Kalendar Persekolahan 2010

Jadual Persekolahan dan Cuti Sekolah Bagi Tahun 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan bahawa Penggal Persekolahan bagi sesi persekolahan tahun 2010 akan bermula 4 Januari 2010 dan tamat pada 19 November 2010.

Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
Hari Persekolahan 4 Januari 2010 12 March 50

Cuti Pertengahan Penggal 13 March 21 March 9

Hari Persekolahan 22 March 4 Jun 55

Cuti Pertengahan Tahun 5 Jun 20 Jun 16

Hari Persekolahan 21 Jun 3 September 55

Cuti Pertengahan Penggal 4 September 12 September 9

Hari Persekolahan 13 September 19 November 50

Cuti Akhir Tahun 20 November 2 Januari 2011 44

Jumlah hari persekolahan termasuk cuti am adalah 210 hari
Jumlah hari cuti sekolah adalah 78 hari
Jadual di atas adalah untuk sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Mesyuarat staf-1 Tahun 2010



Satu mesyuarat staf kali pertama untuk sesi tahun 2010 akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 05 Disember 2009
Tempat: Bilik Gerakan SK. Kituntul
Masa: tepat 8.00 pagi

Agenda mesyuarat:
1. Ucapan Pengerusi
2. Pelaporan dokumentasi tugas-tugas 2009
2. Pengagihan tugas 2010
3. Hal-hal lain

Insan yang mewarnai SK. Kituntul, Ranau

Melahirkan penari berbakat.





Dibawah tunjuk ajar Pn. Johana, Sk. Kituntul telah banyak melahirkan penari yang banyak menjuarai pertandingan tarian di peringkat sekolah, zon dan daerah. Syabas dan tahniah!

Chit Chat..


ShoutMix chat widget